ANDAI KAU TAHU
Andai kau tahu
Sejarah bumi lahirmu
Pasti kau ingin
Berjuang bersama diriku
Andai kau tahu
Jerih payah dahulu
Pasti kau bangkit
Dari lena tidurmu
Andai kau tahu
Liku jalanan itu
Pasti kau mahu
Panjat syukur selalu
Aku mahu
Anak-anak semuanya tahu
Erti bebas merdeka
Satu ketika dulu
Aku mahu
Anak-anak untuk bersyukur
Dan hargailah
Tanah tumpah darahmu